Tuesday, July 30, 2013

Tenancy Agreement & Duti Stamp 2

Tenancy Agreement & Duti Stamp





Tenancy Agreement & Duti Stamp

Tenancy Agreement & Duti Stamp 


TA ialah kontrak / perjanjian secara bertulis yg melindungi hak korang dan hak penyewa dari segi perundangan.


Manakala perkataan "Kontrak' dari segi undang2 merujuk pada perjanjian yg mengikat antara dua pihak atau lebih.
Menurut Seksyen 2(H) Akta Kontrak 1950, ia adalah "suatu perjanjian yg dikuatkuasakan oleh undang2".

Perjanjian sewa perlu diambil berat oleh tuan tanah bagi mempastikan hak kedua pihak terjamin. Ianya juga bertujuan melicinkan proses pengurusan pelaburan rumah sewa korang.


Selain dari itu perjanjian sewa (mati stamp) boleh juga digunakan sebagai dokumen sokongan bukti pendapatan kepada tuan tanah melalui sewaan, bertujuan mendapatkan kemudahan pembiyaan dari bank. Dengan dokumen sokongan ini akan diambil kira dalam pengiraan score Debt Service Ratio (DSR).


Rujuk akta cukai pendapatan 1967 (akta 53), seksyen 4 - classes of income on which tax is chargeable, subseksyen D. Dimana salah satunya adalah pendapatan daripada sewa.


Dengan adanya akta ini maknanya pendapatan sewa korang adalah diiktiraf, asalkan telah "dimati" stamp (da bayar stamp duti bagi setiap perjanjian sewa).
Jadi korang bolehlah beli rumah lagi..

Contoh : 
Gaji RM2,500
Beli rumah dengan ansuran RM800/bulan
Sewakan pada RM1000/bulan dengan perjanjian 

Pengiraan DSR klw rumah disewakan:
Pendapatan = RM2500 + RM1,000 = RM3500/bulan
komitment bulanan RM800


RM800/RM3500  x 100% = 22.80%


Pengiraan DSR klw rumah tidak disewakan:
Pendapatan = RM2500/bulan
komitment bulanan RM800
RM800/RM2500  x 100% = 32%

Daripada pengiraan diatas korang masih mampu lgi beli rumah sbb purata score DSR bank 60% - 70%, tapi cuba perhatikan score diatas terdapat perbezaan sekiranya rumah itu disewakan dengan rumah yg tidak disewakan..

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------  

Cara pengiraan Duti Setem bagi perjanjian rumah sewa :

Harga Duti Setem = (Sewa setahun - RM2400) / 250 x A
A=1 (Bagi 1 tahun sewa)
A=2 (Bagi 2 tahun sewa)
A=3 (Bagi 3 tahun sewa)

Contoh : sewa RM1,000, 1 Tahun sewa
RM1,000 x 12bln = RM12,000 - RM2400
RM9,600 / 250 = RM38.40
RM38.40 x 1( Bagi 1 tahun sewa)

Jadi, Duti setem yg dikenakan keatas perjanjian sewa Original adalah RM38. Bagi setiap copy perjanjian sewa seterusnya adalah RM10.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Terima Kasih kpd Sifu en.  Muhammad Khairulnawawi Kamaruddin -